25 Jun 2012 ; BAS EKSPRES DAN SOLAT - Kami sebagai pelajar kebanyakannya merantau jauh ke negeri lain untuk ke tempat pengajian dan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama pada musim cuti semester ataupun cuti-cuti perayaan untuk pulang ke rumah. Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api. Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat. Hal ini menyebabkan kami sebagai penumpang berasa amat tidak senang dan susah hati kerana terpaksa meninggalkan solat yang merupakan suatu kewajipan yang amat besar nilainya. Saya yakin kebanyakan penumpang mempunyai perasaan yang sama seperti ini. PELAJAR IPT MALAYSIA – Utusan Malaysia 25 Jun 2012 Foto untuk iktibar kita semua di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/06/bas-ekspres-di-malaysia-tak-mesra.html

