Pantai Port Dickson lautnya tidaklah begitu bergelora dan dalam jika 
dibandingkan dengan kawasan di pantai timur yang mengadap Laut China Selatan. 
Namun dari masa ke semasa kedengaran kes lemas di PD. Apakah puncanya? Adakah 
pantai di PD tidak selamat disebabkan aktiviti penambakan pasir yang 
menyebabkan dasar laut tidak landai, justeru mewujudkan banyak kawasan pasir 
jerlus dan kawasan pusaran air? Lebih banyak papantanda amaran perlu diletakkan 
sekiranya ada kawasan seperti ini antaranya dasar laut tidak landai, pasir 
jerlus dan pusaran air.
 
Aktiviti riadah undang tragedi
25 Jun 2012 
 
BAGAN PINANG – Seorang pekerja kontrak bahagian penyelenggaraan dalaman di 
sebuah hotel, di sini, lemas ketika beriadah di Pantai Bagan Pinang, malam 
kelmarin.
 
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Wahab Harun berkata, mangsa, Mohamad 
Shahizul Azwan Kamaruzzaman, 19, disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas 
menerima rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson, di sini.
 
“Siasatan awal mendapati, sekitar jam 5.45 petang mangsa bersama rakan-rakannya 
beriadah di kawasan pantai berkenaan dan berenang dengan jarak sehingga 100 
meter dari pantai.
 
“Satu jam kemudian mereka kembali berenang ke darat, namun sebaik tiba di 
pantai rakan-rakannya menyedari kehilangan mangsa,” katanya.
 
Abdul Wahab berkata, rakan-rakan mangsa kemudian meminta bantuan nelayan di 
Pengkalan Nelayan Bagan Pinang dan dua bot berserta anak kapal membantu mencari 
mangsa.
 
“Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 7.10 malam sekitar 50 meter dari kawasan 
pantai dan orang awam yang berada di situ turut membantu membawa mangsa ke 
hospital,” katanya.
 
Mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak dituntut keluarganya, semalam.
 
 
************ 
Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah Di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson 
Sabtu Januari 14, 2012 
 
PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, 
yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri 
(Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan, Sabtu.
 
10 minit tenggelam di laut
Harian Metro 9 Nov 2010
PORT DICKSON: “Saya sempat menasihatkannya segera naik ke darat sebelum 
terlambat kerana menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya 
sudah hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau.”
Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang 
mandi-manda bersamanya di Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas 
apabila tenggelam selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air 
laut pasang secara tiba-tiba.
 
Pemancing lemas air laut bergelora
Harian Metro 24 Okt 2010
 
PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang lelaki yang memancing dan menjala ikan 
di pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai 
tidak sempat menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.
 
Berita Harian 23 Feb 2010
PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan sejarah aktiviti menyedut pasir suatu 
ketika dulu di sebahagian kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya 
tebing tinggi yang didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.
 
New Straits Times 4 Oct 2010
PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a 
child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his 
own son. Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the 
Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that 
there was a body in it.
 
Sinar Harian 17 Feb 2010
PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang 
daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang 
dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan 
dengan penemuan mayat remaja lemas.
 
Utusan Malaysia 15 Feb.2010
PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi 
bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal 
pagi tadi.
 
MStar Januari 31, 2010
PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, 
pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, 
mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai 
terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.
 
Bernama 22 Jul 2007
PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port 
Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam 
sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran 
pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.
 
Utusan Malaysia 13 Jun 2005
PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang 
menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga 
mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.
 
PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man 
drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.
While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the 
incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue 
Department is still under way for his missing friend whose identity is not 
known. 

Kirim email ke