Aduan Rakyat 28 Jun 2012 - Saya tinggal di kawasan perumahan kos rendah di 
Rasa, Hulu Selangor, Selangor, ingin membuat aduan tentang bil elektrik di 
rumah saya sangat tinggi setiap bulan mencecah RM500 lebih. 
 
Saya bandingkan dengan rumah kawan saya di kuala lumpur rumah 2 tingkat dan 
mempunyai peralatan yang sama tetapi bil elektrik setiap bulan hanya RM200 
lebih sahaja.
 
Saya telah membuat aduan di TNB dan pekerja TNB datang periksa tetapi pekerja 
TNB itu berkata peralatan di rumah saya “cap ayam” sebab itu bil elektrik 
tinggi. 
 
Pekerja itu juga berkata sebenarnya dia bukan person in charge dan pekerja yang 
sebenar tidak dapat datang kerana mempunyai kerja lain. Adakah patut bukan 
bidang pekerja itu tetapi dia yang datang respon tentang aduan yang saya buat?
 
Dulu saya juga ada membuat aduan di TNB Rawang tentang sudah 3 bulan tiada 
pekerja meter reading datang ke kawasan perumahan saya tetapi pekerja disitu 
menyuruh saya mengumpul orang kampung dan membuat aduan di tv3.
 
Apakah fungsi mereka di situ?makan gaji buta? Saya harap ada pihak yang boleh 
menyelesaikan masalah ini kerana tiada guna membuat aduan di TNB.
 
Sekian, terima kasih.
 
By: liyana
 
Sumber 
http://www.aduanrakyat.com.my/aduan-tentang-pertukaran-meter-dan-sikap-pekerja-tnb
 

Kirim email ke