Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan 
pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan 
asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam 
pengetahuan agama.  

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik 
dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah 
menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari 
pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di 
kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab 
Luar, Kajang. 

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah keluaran PDS ini akan 
dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.

Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, 
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar 
Pertubuhan Malaysia.

CADANGAN KOMPLEKS PDS

Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang lengkap dengan segala 
kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor yang memerlukan dana 
sebanyak 10 juta ringgit.

DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS

Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai sepenuhnya oleh 
Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai. Jumlah 
perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang saku, 
makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).

Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk melahirkan para 
pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua bentuk atau 
menaja seperti berikut:

- Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras dan lain-lain) 
- Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar) 
- Buku dan alat tulis 

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau melalui:
Akaun Pengurusan (CIMB ISLAMIC) 14680000191108 
Akaun Pembangunan Kompleks PDS (Bank Muamalat Malaysia Berhad) 
13010002499715

Alamat : 

Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks Darul Irsyad
Lot 4459 Jalan Haji Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
014-5963748 (Ustaz Izzuddin, Timbalan Mudir - Pentadbiran)

Maklumat lanjut di www.pusatdakwahserantau.net 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke