PTPTN , apakah akhirnya peminjam(pelajar) yang menjadi mangsa, sedangkan kolej 
swasta kaut keuntungan? Kenapa Kementerian Kesihatan tidak membuka lebih banyak 
kolej kejururawatan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk belajar pada kos 
yang minima tanpa memikirkan keuntungan?
 
Pindah pelajar kolej kejururawatan ke IPT lain
6 Julai 2012 
 
Nasib 553 pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di Seri Kembangan, Selangor 
yang terjejas berikutan pusat pengajian berkenaan gagal meneruskan operasi 
mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
 
Kementerian berusaha memindahkan kesemua mereka yang dipaksa berhenti pengajian 
itu ke mana-mana kolej kejururawatan di seluruh negara.
 
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, senarai 
kolej terlibat akan diserahkan kepada pelajar, Isnin ini untuk proses pemilihan.
 
Beliau berkata, KPT sebenarnya sudah melakukan beberapa pertemuan dengan pihak 
pengurusan kolej yang gagal meneruskan operasi bersama pelajar dan ibu bapa 
sebelum ini.
 
“Pertemuan dilakukan sebelum keputusan dibuat dan pelajar boleh meneruskan 
pengajian ke kolej-kolej kejururawatan di seluruh negara melalui aktiviti 
pemudahcara.
 
“Keputusan ini agak lewat kerana melibatkan banyak isu seperti akademik, 
pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), 
sehinggalah kita mengambil keputusan memindahkan pelajar yang sudah berada  di 
semester empat, lima dan enam,” katanya pada sidang media sempena Majlis KPT 
Bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Zon Selatan, di sini, semalam.
 
Kok Chung berkata, bagi mengelakkan masalah sama berulang, kementerian akan 
memastikan kesemua pelajar terlibat dipindahkan ke kolej bertaraf empat atau 
lima bintang dari segi kualiti.
 
Katanya. KPT tidak akan berkompromi dengan IPTS yang tidak memenuhi standard 
ditetapkan kementerian. "Kolej terbabit bakal dikenakan tindakan di bawah Akta 
555 sebagai peringatan kepada IPTS lain untuk tidak mengabaikan kualiti dan 
standard operasi," katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pindah-pelajar-kolej-kejururawatan-ke-ipt-lain-1.64108
 

Kirim email ke