Kenapa setelah didedahkan media bahawa 1,000 juruterbang menganggur, baru 
kerajaan nak ambil tindakan hadkan pengambilan pelatih juruterbang? Bagaimana 
pula dengan graduan bidang lain yang ramai menganggur seperti jururawat, apakah 
kerajaan akan menghadkan ambilan kursus kejururawatan dan lain-lain bidang? 
Apakah PTPTN dan lain-lain institusi kewangan yang memberi pinujaman pelajaran 
hanya menguntungkan sesetengah pihak?
 
Pengambilan pelatih wajib kelulusan DCA
6 Julai 2012 
 
Isu juruterbang menganggur: DCA, sekolah penerbangan kerjasama wujud pangkalan 
data
 
Kuala Lumpur: Berkuat kuasa serta-merta, semua sekolah penerbangan perlu 
mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum mengambil pelatih 
juruterbang baru bagi membendung masalah juruterbang menganggur. Juruterbang 
terbabit juga diminta mendaftar dengan sistem pangkalan data juruterbang yang 
akan dibangunkan DCA menerusi laman web, www.dca.gov.my.
 
Pihak berkuasa industri penerbangan itu juga akan bermesyuarat dengan pihak 
terbabit termasuk syarikat penerbangan, dalam masa terdekat bagi mencari 
penyelesaian terbaik menangani isu itu.
 
Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata DCA sudah menghantar 
surat kepada lima sekolah penerbangan mengenai penguatkuasaan peraturan baru 
pengambilan pelatih juruterbang itu.
 
“Selaras arahan menteri supaya pengambilan pelatih dihadkan, DCA mengeluarkan 
surat kepada semua sekolah penerbangan berhubung isu ini. Bermakna kalau mereka 
nak ambil pelatih juruterbang baru perlu kelulusan DCA.
 
“Mengenai pangkalan data juruterbang, DCA akan bekerjasama dengan sekolah 
penerbangan, selain menggesa juruterbang (menganggur) tampil mendaftar dengan 
DCA menerusi laman web www.dca.gov.my. Bagaimanapun, DCA memerlukan sedikit 
masa untuk membangunkan sistem pangkalan data itu,” katanya.
 
Hadkan jumlah pelatih
 
Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengarahkan DCA 
membangunkan sistem pangkalan data juruterbang dan mengehadkan jumlah pelatih 
yang diambil sekolah penerbangan selaras permintaan semasa industri penerbangan.
 
Ia susulan pendedahan eksklusif BH Selasa lalu, mengenai kira-kira 1,000 
juruterbang muda yang memiliki lesen juruterbang komersial (CPL) gagal mendapat 
pekerjaan dalam industri penerbangan negara.
 
Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapatkan lesen itu, kini 
terpaksa bekerja sambilan termasuk di kilang, pasar raya dan restoran makanan 
segera bagi menampung kos sara hidup serta membayar pinjaman.
 
Mengikut statistik DCA, 2,292 juruterbang tempatan bertauliah dikeluarkan sejak 
2005 hingga tahun lalu, tetapi 1,174 saja mendapat pekerjaan di syarikat 
penerbangan tempatan dengan 100 yang lain bertugas di luar negara, terutama 
Indonesia.
 
Azharuddin berkata, antara syor akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang 
ialah syarikat penerbangan diminta mengutamakan juruterbang sedia ada 
berbanding pengambilan kadet juruterbang baru. Bagi sekolah penerbangan 
dicadangkan juruterbang dilatih menjadi instruktor.
 
“Kita juga nasihatkan pihak terbabit supaya tidak hanya menumpukan untuk 
bekerja dengan syarikat penerbangan tetapi juga menceburi sektor penerbangan 
awam (termasuk menjadi pengawal udara dan jurulatih),” katanya.
 
http://www.bharian.com.my/articles/PengambilanpelatihwajibkelulusanDCA/Article/
 
Pilot training 
23 May 2012
 
Many options exist in the market but students should always do their homework 
before enrolling in any centre as they wouldn’t want to end up with a 
qualification that is not recognised. 
 
Commercial airline pilot training, for instance, has to be carried out in an 
Approved Flying Training Organisation (AFTO). These AFTOs are approved by and 
come under the purview of the Malaysian Department of Civil Aviation (DCA). 
 
For those who dream of becoming an airline pilot or commercial helicopter 
pilot, the minimum qualification for pilot training is SPM or O-level or 
equivalent, with five credits that must include Mathematics, English, and a 
Science subject.
 
This allows to offer the Diploma in Aviation (Pilot Training) course. For this, 
students can apply to PTPTN to secure a loan of up to RM35,000.
 
http://www.thesundaily.my/news/387204 

Kirim email ke