Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan 
seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi 
digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas 
piramid. 
 
Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?
 
Sphinx adalah sebuah patung besar berbentuk separuh manusia, dan separuh singa 
yang terdapat di Mesir, di Dataran Giza, tepi barat Sungai Nil, sekarang di 
dekat Kaherah. Ini adalah satu dari beberapa patung terbesar di dunia yang 
terbuat dari satu batu utuh, dan dipercayai telah dibangun oleh Mesir Kuno pada 
milenium ketiga SM .
 
Kata "sphinx" berasal dari bahasa Yunani (Sphinx, dari kata kerja sphingo) yang 
berarti mencekik, karena sphinx dari mitologi Yunani mencekik orang yang tidak 
dapat menjawab pertanyaan teka-tekinya. 
 
Pada tulisan-tulisan abad pertengahan, nama balhib dan bilhaw yang menunjuk 
pada Sphinx dipergunakan, termasuk oleh sejarawan Mesir Maqrizi, yang 
menyarankan penyusunan bahasa Koptik, tapi istilah Arab-Mesir Abul-Hôl, yang 
diartikan sebagai "Bapa Teror (Pengganas)," lebih banyak digunakan. -wikipedia
 
Justeru itu apakah Harian Metro cuba untuk menyatakan bahawa Dr Mursi itu Bapa 
Pengganas?
 
http://greenboc.blogspot.com/2012/07/kartun-hina-presiden-mesir-disiar-dalam.html
 
 
Kartun hina Presiden baru Mesir: Metro dikutuk 
 
Tindakan akhbar Umno, Harian Metro Sabtu (7 Julai) yang sungguh kurang ajar dan 
biadap tergamak menyiarkan karikatur pemimpin Islam Presiden Mesir Dr Muhammed 
Mursi, menimbulkan kemarahan umum terutama di facebook.
 
Dengan mendapat perhatian dan komen beribu-ribu ulasan itu, mereka berkata 
Mursi ialah pesiden yang berjuang menegakkan Islam di Mesir dan tidak 
sepatutnya disamakan dengan Firaun.
 
Bagi mereka, ini menunjukkan betapa jahil dan bangangnya pelikis berkenaan dan 
pengurusan akhbar. Seorang pengomen berkata, Mursi merupakan pemimpin yang 
menghafal al-Quran bagaimana disamakan dengan Firaun.
 
Mereka juga berpendapat, bagaimana negara luar hormatkan negara kita sedangkan 
akhbar yang berkaitan dengan pemerintah negara ini sendiri tidak prihatin dan 
sensitif dengan kartun berkenaan. Ini satu penghinaan terhadap rakyat Mesir dan 
umat Islam.
 
http://selamatkanpahang.blogspot.com/2012/07/kartun-hina-presiden-baru-mesir-metro.html

Kirim email ke