Bila kita baca berita sebuah pasaraya buat promosi jualan arak sempena 
Ramadhan, boleh kata semua orang Islam marah. Eloklah marah, tetapi sebelum 
marah pada pemilik pasaraya tersebut, marah dulu pada diri sendiri, marah dulu 
pada umat dan bangsa sendiri. Mungkin pemilik pasaraya tadi keliru, sebab dia 
tengok ada umat Islam terutamanya orang Melayu yang minum arak, apatah lagi 
jika ada yang minum arak tersebut terdiri daripada mereka yang berpengaruh atau 
berjawatan tinggi. Atau mungkin pemilik pasaraya tadi keliru kerana ada premis 
yang membuat arak atau menjual arak dirasmikan sendiri oleh orang Melayu.

Tanganilah isu ini dengan perasaan kasih sayang. Perasaan benci hanya kepada 
maksiat atau perbuatan maksiat tetapi perlu ada perasaan kasih sayang terhadap 
pelaku maksiat. Kita hendak kita  dan pelaku maksiat tadi sama-sama masuk 
syurga.

Saya begitu tersentuh apabila diberitahu ada sebuah sekolah menengah di Negeri 
Sembilan dimana ada seorang guru beragama Hindu amat prihatin sekali akan 
pelajar Islam di sekolah berkenaan, hinggakan guru tadi memastikan semua 
anak-anak muridnya solat berjemaah Asar di surau di sekolah tersebut. Malukan, 
kita sendiri tak boleh tak pastikan anak-anak kita solat jemaah, anak-anak 
murid kita solat jemaah, pekerja kita solat jemaah.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada guru beragama Hindu tadi.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Promosi arak sebagai ‘Ramadan Sales’ sengaja dilakukan?

PUTRAJAYA 16 Julai 2012 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam 
tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras sebagai promosi 
Ramadan, bulan yang dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.
 
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan pasar raya di 
sebuah kawasan perumahan di Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan 
sengaja dilakukan untuk menguji kesabaran umat Islam.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_36.htm
 

Jamil Khir Selar Tindakan Pasar Raya Eksploitasi 'Ramadan Sale' Jual Minuman 
Keras 
6 Julai 2012 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
pada Jumaat menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang 
mengeksploitasi istilah 'Ramadhan Sale' untuk jualan minuman keras.
 
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan 
terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang ada.
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/6/mstar_berita/20120706193215&sec=mstar_berita
 

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan 

Harakahdaily, 05 Jul 2012 

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak 
Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam 
menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah 
menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa 
(Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai 
reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, 
mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11490-the-store-buat-promosi-carsberg-sempena-ramadhan
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke