Apakah akan ada cadangan 1Rumah, 1Pistol selepas ini untuk mencegah jenayah yang berleluasa? Dulu bila kes ragut banyak dijalanan, maka diarahkan ramai polis buat rondaan di jalanan. Bila kes rompak banyak ditempat letak kereta, ada cadangan tempatkan anggota Rela di tempat letak kereta. Cedera halang isteri dinoda Harian Metro 17 Julai 2012 KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan isteri daripada dinodai, seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya menentang sekumpulan perompak bersenjatakan parang apabila seorang daripada penjenayah itu mengoyak pakaian isterinya selepas mereka merompak rumahnya di Segambut, di sini, kelmarin. Tindakan lelaki berusia 27 tahun itu menyebabkan dia cedera dipukul perompak, tetapi berjaya menghalang isterinya daripada menerima nasib lebih buruk apabila kumpulan penjenayah berkenaan beredar bersama hasil rompakan, termasuk wang tunai lebih RM5,000 serta barangan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba kerana bimbang kekecohan akibat pergelutan itu akan menyebabkan jiran menyedari kehadiran mereka. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa bersama isterinya yang berusia awal 20-an serta ibunya berusia lewat 40-an, berada di ruang tamu rumah apabila lima lelaki menceroboh masuk jam 3.30 petang. Polis Latih Pengawal Keselamatan Pusat Membeli-Belah Mstar Julai 16, 2012 PUTRAJAYA: Lebih 25,000 pengawal keselamatan di pusat membeli-belah di seluruh negara akan menerima latihan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha kerajaan menangani kes jenayah di premis berkenaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata modul latihan akan dibangun secepat mungkin berdasarkan modul latihan polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela). Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cederahalangisteridinoda/Article/index_html http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/16/mstar_berita/20120716183505&sec=mstar_berita

