PM dulu rujuk ulama untuk menentukan sesuatu tarikh yang penting seperti tarikh 
kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. PM sekarang rujuk siapa untuk tentukan 
tarikh pilihanraya?
 
Hanya PM tentukan tarikh PRU-13
Kosmo 17 Julai 2012 
 
KUALA LUMPUR – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai 
kuasa mutlak untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi 
berpendapat, perlembagaan sudah menyebut bahawa Perdana Menteri akan 
menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
 
“Hak untuk menentukan tarikh pilihan raya ialah Perdana Menteri manakala 
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pembuangan undi,” katanya 
ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Utusan Melayu di 
Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.
 
ABDULLAH FAHIM PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA 
 
Penetapan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 
ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Haji Sulaiman Palestin, Haji Ahmad 
Badawi, dan beberapa pemimpin UMNO lain meminta pandangan Sheikh Abdullah 
Fahim, Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang. 
 
Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan 
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka tarikh lain yang bersesuian ialah pada 31 
Ogos 1962. Tarikh 31 Ogos 1957, dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang 
bermaksud ‘Tahun Baik Datang Kepada Kita’.
 
Sumber : 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0717&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
http://www.arkib.gov.my/penetapan_tarikh_merdeka

Kirim email ke