Apa sudah jadi dengan anggota polis kita? Adakah mereka terlalu stres, sakit 
mental? 
 
Pegawai Polis Maut Terjun Daripada Menara Telekomunikasi 
Rabu Julai 18, 2012 MYT 1:48:00 PM 
 
SEPANG: Seorang pegawai polis membunuh diri dengan terjun daripada menara 
telekomunikasi berhampiran ibu pejabat polis daerah Sepang di sini, Rabu.
 
Pegawai polis yang berasal daripada Sabah itu dipercayai memanjat menara 
setinggi 60 kaki (18 meter) pada pukul 10.15 pagi sebelum terjun ke bawah 15 
minit kemudian.
 
Bagaimana motif kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti. 
 
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/7/18/mstar_jenayah/20120718130017&sec=mstar_jenayah
  
 
“Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa 
berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk 
pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga 
menyebabkan nyawa orang lain terancam.” – Berita Harian
 
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011
 
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan
 
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu 
pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau 
stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru 
serta bomba.
 
Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana 
menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar 
waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
 
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila 
dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta 
menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika 
cuti umum, termasuk musim perayaan.
 
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 
sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami 
stres di tempat kerja.
 
Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam 
organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat 
(42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
 
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke 
atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, 
iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 
peratus.
 
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata 
stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu 
profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah 
individu.
 
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada 
bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh 
mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.
 
Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan 
golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan 
yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
 
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH 
SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI 
BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA 
KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
 
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata 
yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang 
aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article
 

Kirim email ke