Dengan angka 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit 
mental dan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa 
seluruh Malaysia, sebagai orang Islam, jalan penyelesaian kepada semua 
permasalahan ini ialah kembali kepada Islam sepenuhnya. Buat semua yang 
diperintahkan Allah, serta tinggalkan semua yang ditegah Allah.
 
 
TERTEKAN MASALAH KELUARGA
Harian Metro 20 Julai 2012 
 
SEREMBAN: Tekanan akibat menghadapi masalah keluarga dikatakan menjadi punca 
seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja 
hotel Seremban 2, di sini, gara-gara ais krim dibeli di hotel berkenaan 
dikatakan mahal dalam kejadian Selasa lalu.
 
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan, berkata 
berdasarkan soal siasat terhadap pegawai polis itu, dia didapati berada dalam 
keadaan tertekan akibat masalah keluarga.
 
“Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, 
masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan ‘stress’ menyebabkan dia mengamuk.
 
 
POLIS MENGAMUK DIDAKWA
Sinar Harian 20 Julai 2012 
 
SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan 
mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, 
didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
 
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan, berkata, pihaknya 
sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan telah 
diserahkan kepada pihak pendakwaan.
 
Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di 
Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.
 
“Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 
Kuala Lumpur dan telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.
 
"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod 
peribadinya,” katanya.
 
 
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011
 
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu 
pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau 
stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru 
serta bomba.
 
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila 
dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta 
menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika 
cuti umum, termasuk musim perayaan.
 
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke 
atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, 
iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 
peratus.
 
Malah, sesetengah kes yang disiasat SEPERTI KES BUNUH ATAU YANG MEMBABITKAN 
GOLONGAN BERPENGARUH ADA KALANYA MEMBERIKAN TEKANAN terutama tahap kerisauan 
yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
 
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH 
SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI 
BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA 
KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
 
MALAH, DIKHUATIRI, JIKA TAHAP TEKANAN YANG DIHADAPI BEGITU KRITIKAL, SENJATA 
YANG DIMILIKI DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MELAKUKAN UGUTAN ATAU SEBARANG 
AKTIVITI JENAYAH TERMASUK RASUAH, katanya.
 
 
NEGERI SEMBILAN PALING RAMAI SAKIT MENTAL
Kosmo 27 Nov 2008
 
Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti 
paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.
 
 
11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL
Berita Harian 14 Nov 2010
 
MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit
 
KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa 
menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental 
suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang 
suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang 
Buaya, Kuantan, kelmarin.
 
Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan 
mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian 
Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih 
meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau 
berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini 
mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan 
sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa. 
 
 
KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS
21 hb November 2004
 
Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 
2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini 
memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang 
tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan 
mental di Negara ini bagaikan bom jangka. 
 
 
ONLY 233 PSYCHIATRISTS TO TREAT 28 MILLION MALAYSIANS
The Star November 8, 2010
 
IPOH: Malaysia is running short of psychiatrists. Health Ministry technical 
adviser on psychiatry Datuk Dr Suaran Singh Jasmit Singh said the country only 
has 233 psychiatrists to treat the population, which works out to a ratio of 
0.8:100,000.
 
“The ideal ratio is 1:50,000,” he said after the opening of a public forum on 
handling stress at Ipoh City Hall yesterday.
 
Dr Suaran, who is Hospital Bahagia Ulu Kinta director, said of the 233 
psychiatrists available, 15 were attached with the Health Ministry and three 
with the Defence Ministry.
 
Sumber  :  
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/07/susulan-pegawai-polis-mengamuk-di.html  

Kirim email ke