Polis harus memberikan tumpuan untuk
menangkap penjenayah yang merupakan pengganas sebenar negara yang
mengancam keselamatan rakyat yang tidak dikelilingi atau dilindungi
gerombolan polis, SB atau pengawal peribadi dalam kehidupan seharian
rakyat marhaen. Sejak tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid
terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban
yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. 
Dua sahabat disimbah asid
Harian Metro 22 Julai 2012 
KUALA LUMPUR: Dua wanita yang juga
rakan baik berusia lewat 30-an cedera di seluruh badan selepas
disimbah asid dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Dewan
Bahasa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30
petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berjalan ke tempat letak
kereta di kawasan itu bagi mengambil kenderaan mereka untuk pulang ke
rumah.
Menurut sumber, ketika mangsa dan
rakannya sudah menghampiri kenderaan, dua lelaki menaiki motosikal
lengkap memakai topi keledar dilihat dipandu laju menuju ke arah
mereka.
“Sebaik menghampiri mangsa,
pembonceng motosikal itu mengeluarkan satu botol mengandungi cecair
dipercayai asid lalu menyimbah ke arah mereka.
“Seorang daripada mereka terkena di
belakang badan, tangan dan kaki manakala rakannya pula terkena di
dada dan kaki,” katanya.
Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang
mengalami kecederaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
(HKL) di sini, sebelum diberikan rawatan susulan.
Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan
stabil dan masih dirawat di hospital.
Sehubungan itu, satu laporan polis
dibuat di Balai Polis Dang Wangi, di sini, oleh mangsa menuntut
siasatan lanjut dilakukan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duasahabatdisimbahasid/Article/artikelMA
 
Pada tahun 2011 terdapat 15 kes
serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes
di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak
berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html 

2 lagi wanita disimbah asid di Rawang
28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang
wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki
ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul
Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu,
S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang
daripada suspek yang berjalan kaki.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
 

Penyelia pusat kecantikan cedera parah
disimbah asid di hadapan kedai miliknya
KUALA LUMPUR 26 Feb. 2012 - Seorang
penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah
sejenis cecair yang dipercayai asid ketika berjalan kaki di hadapan
kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dekat sini semalam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm
 

Kirim email ke