Satu fakta yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang. Pada tahun 2011 
seramai 41,267 orang layak memasuki IPTA. Akan tetapi pada tahun 2012 ianya 
berkurangan kepada hanya 38,549 orang sahaja. Kenapa? Ke mana 24,918 lepasan 
STPM/Matrikulasi/Asasi ini hendak pergi? Ke IPTS dengan bantuan PTPTN yang 
kosnya jauh lebih mahal dari IPTA? Sepatutnya semakin tahun semakin banyak 
peluang ditawarkan ke IPTA, bukan ke IPTS.
 
Julai 17, 2012 - Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di 
seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama 
berkurangan pada tahun ini.
 
Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung 
pengajian di peringkat ijazah pertama.
 
"Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan 
tempat di 20 IPTA," katanya lagi.
 
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/17/mstar_berita/20120717194148&sec=mstar_berita
 
 
20 Ogos 2012 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan 
pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.
 
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman 
itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk 
menampung kos pengajian mereka.
 
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil 
memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.
 
http://khalednordin.com/?p=1204 

Kirim email ke