Semoga janji kepada guru di bawah ini dapat ditepati. Janji perlu ditunaikan 
dan perlu ditepati pada masa yang telah ditetapkan.
 
JPA lengah naik gred guru
Berita Harian 23 Julai 2012 
 
Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program 
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum 
menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu. 
 
Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 
daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit. 
 
Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun 
kemudian.
 
Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon 
kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, 
namun belum diluluskan sehingga sekarang.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JPAlengahnaikgredguru/Article 

Kirim email ke