Jika dulu kumpulan penjenayah terbatas dalam satu kelompok kaum sahaja. Geng 
ini cuma untuk kaum ini, geng itu cuma untuk kaum itu. Kini kumpulan penjenayah 
terdiri dari mereka yang berbilang bangsa. Nampaknya penjenayah pun mengamalkan 
konsep 1Malaysia.
 
 
Polis buru enam suspek kes samun
 
SEREMBAN 25 Julai 2012 - Polis negeri ini melancarkan gerakan intensif bagi 
memburu enam suspek dipercayai satu geng penjenayah yang kerap melakukan 
beberapa kes samun di sekitar negeri ini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, 
kesemua suspek itu berusia dalam lingkungan 23 hingga 30-an yang dikenal pasti 
daripada hasil tangkapan empat lelaki pada 8 dan 13 Julai lalu.
 
"Empat lelaki yang ditahan itu merupakan suspek satu kejadian samun di sebuah 
kuari di Gemas pada 29 Jun, kira-kira pukul 11.30 malam.
 
"Semasa kejadian, kumpulan itu telah bertindak menyamun pekerja di kabin kuari 
berkenaan sebelum melarikan satu set teater rumah, empat buah telefon bimbit, 
empat buah lori, sebuah kereta jenis Toyota Vios serta wang tunai berjumlah 
RM5,250.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120726/je_04/Polis-buru-enam-suspek-kes-samun
 

Kirim email ke