UiTM Raub, Nilai dibina
 
25 Julai 2012 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menandatangani dua 
memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara 
(UiTM) di Raub, Pahang dan Institut Latihan UiTM Nilai di Negeri Sembilan.
 
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri 
Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.
 
Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, kedua-dua projek 
pembangunan itu adalah kesinambungan agenda negara untuk menambah pengambilan 
pelajar daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015.
 
Katanya, projek tersebut adalah yang ketiga dan keempat daripada enam projek 
fasa dua pembangunan kampus UiTM di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) 
menerusi Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10).
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120726/dn_16/UiTM-Raub-Nilai-dibina
 
 
Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
31 Jan 2008
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu 
membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
 
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara 
(UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif 
pembiayaan swasta (PFI).
 
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan 
diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa 
dan dewan persidangan.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm
 

Kirim email ke