Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875. Maka pada tahun 1875 berlakulah perang Bukit Putus antara Inggeris yang dibantu oleh Datuk Klana Sungai Ujung dengan angkatan perang Seri Menanti yang dipimpin oleh Datuk Siamang Gagap. Kerana bilangan musuh lebih ramai ditambah pula dengan senjata meriam akhirnya angkatan perang Seri Menanti kalah. Kekalahan itu menyebabkan Inggeris berjaya campur tangan di Seri Menanti namun Datuk Siamang Gagap tidak mahu tunduk kepada Inggeris. Beliau akhirnya meninggalkan Seri Menanti untuk meneruskan perjuangan menentang Inggeris. Ada yang mengatakan Datuk Siamang Gagap pergi ke Pahang lalu bergabung dengan Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi ada pula mengatakan beliau pergi menunaikan haji ke Mekah dan meninggal disana. Namun ada mengatakan beliau bersembunyi di sebuah kampong bernama Juaseh yang terletak tidak jauh dari pekan Bahau. Menurut ceritanya Datuk Siamang Gagap meninggal di sana dan ada sebuah kubur lama yang dipercayai kubur Datuk Siamang Gagap. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap. Kisah selanjutnya di http://abdullatip.blogspot.com/2008/05/benarkah-lt-adnan-keturunan-datuk.html

