Harakahdaily, 28 Jul 2012 : Wang kertas
baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu
kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang
tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Demikian ulasan di dalam blog http://greenboc.blogspot.com 

Berikut adalah ulasan penuh.
Wang kertas baru yang diedarkan sejak
16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan
apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan
kertas itu mudah hilang.
Demikian persoalan yang timbul di
beberapa laman facebook.
Bank Negara Malaysia sebelum ini telah
mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’,
ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam
semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang
kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang
kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih
termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air
(watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna
berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat
berwarna.

Namun dengan bukti yang ada,
menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap
pengeluaran wang kertas baru berkenaan.
Sementara itu, komen yang diberikan
pada blog itu berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup
takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak
terutamanya penjual kuih muih.
Satu lagi komen ialah mengenai duit
syiling baru.
“Satu lagi yang ingin saya kongsi
bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling
terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak
melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat
pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!” tulis pelayar
blog tersebut.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12002-lusuh-mutu-wang-kertas-baru-dipersoal
 

Kirim email ke