Jika kita lalu kawasan projek Hospital Rembau di Chembong pada waktu pagi 
sekitar jam 7 pagi dengan tingkap kereta dibuka, selalunya kita akan dapat 
menghidu bau busuk yang dikhabarkan datangnya dari kilang memproses ayam atau 
kilang lain yang berhampiran yang melepaskan air terawat ke parit atau sungai 
berhampiran.
 
Untuk pengetahuan, projek hospital Rembau ini didirikan atas tanah industri 
yang dikelilingi oleh beberapa kilang. Apakah Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan 
membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas kilang-kilang berhampiran untuk 
mempastikan semua kilang sekitar Hospital Rembau ini akan mematuhi peraturan 
pelepasan asap, pelepasan air terawat, pembuangan bahan buangan dan sebagainya?
 
Sudah pasti penduduk di kampung dan taman perumahan berasa sangsi akan tahap 
pematuhan kilang-kilang di sini memandangkan sesiapa sahaja yang lalu jalan 
utama Seremban-Tampin akan pasti terbau bau yang amat kurang menyenangkan 
apabila lalu di kawasan ini pada waktu-waktu tertentu, terutamanya pada waktu 
pagi.
 
BAU BUSUK GANGGU PENDUDUK
 
REMBAU 12 Julai 2012 - Penduduk di Kg Merbau Sembilan dekat sini mendakwa 
sebuah kilang memproses ayam yang beroperasi sejak enam tahun lalu membawa 
pelbagai masalah khususnya dari segi pencemaran bau yang turut menjejaskan 
kesihatan mereka.
 
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah 
mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh 
ekar di tanah industri Chembong.
 
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan 
akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan 
pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital 
Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong. 
enteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan 
Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi 
kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. Bagi 
kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei 
ini.
 
SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being 
developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said 
Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. He said the industrial estate, 
covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State 
Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.
 
BERITA HARIAN 15 Mac 2012 -Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat 
perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah 
harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun 
apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung 
PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi 
kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 
sekaki.
 
Sumber 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/07/sesuaikah-hospital-rembau-dibina-di.html 

Kirim email ke