Ada sesiapa boleh sahkan artikel di bawah ini mengenai kos pentadbiran PTPTN 
yang keterlaluan, begitu banyak kadar bunga (riba) seperti Along? Ada yang 
bayar balik pinjaman PTPTN RM150 sebulan, RM70 dari jumlah tersebut ialah untuk 
kos pentadbiran. Ada yang bayar balik RM63 sebulan, RM50 adalah untuk kos 
pentadbiran. Jika benar dakwaan di atas, apa pandangan para Mufti dan Majlis 
Fatwa Kebangsaan dalam isu ini? 
 
*********** 
Sekarang Baru Paham Kenapa Mansuh PTPTN 
July 25, 2012
 
Yang ramai tak berpuas hati adalah KOS PENTADBIRAN akan sentiasa jalan selagi 
belum abis bayar pinjaman PTPTN. Ramai adik adik kita yang kat Universiti tu 
tak akan baca betul betul syarat perjanjian, termasuk aku. Okey itu PTPTN 
menang.
 
Contoh: Kos pentadbiran bagi pinjaman Diploma dan Ijazah RM70 sebulan. Jika 
setiap bulan anda membayar RM150 maka hanya RM80 akan di tolak dari jumlah 
pinjaman itu. Sumber : 
http://akubypojie.blogspot.com/2012/07/sekarang-baru-paham-kenapa-mansuh-ptptn.html
 
 
*********** 
PTPTN Dan Kos Pentadbiran 
 
Ya, entri 1 Januari 2012 berkisar kepada kekecewaan aku terhadap PTPTN. Aku dah 
start bayar balik pinjaman tuh. Dan untuk tahun pertama bayaran ni , hanya RM 
63 sebulan. Sikit bukan?
 
Ok, yang buat jantung aku nak gugur ke bumi malaysia terchenta sangat ni, 
selepas di tolak 3% kos pentadbiran yang megarut sangat tuh, Aku hanya membayar 
Rm10 setiap bulan untuk duit pinjaman yang aku dah guna masa study dulu. Lagi 
RM 53 adalah untuk kos pentadbiran. Sumber : 
http://conteng-cakarayam.blogspot.com/2012/01/ptptn-dan-kos-pentadbiran.html 

Kirim email ke