Judi berlesen, judi tidak berlesen, judi online adalah merupakan perosak akidah umat Islam serta pemusnah perpaduan keluarga Melayu pada ketika ini. Walaupun operasi demi operasi dilakukan oleh pihak berkuasa, namun ia tumbuh semula bagai cendawan. Semua pihak harus memainkan peranan, akhbar berbahasa Melayu harus menghentikan iklan keputusan judi. Lebih banyak kaunseling dan khidmat nasihat percuma harus disediakan untuk kaki judi yang ingin meninggalkan ketagihan judi.
Pinjam bank untuk judi 22 Ogos 2012 SHAH ALAM: “Saya hanya fikir nak bunuh diri saja,” kata Hashim, 48, (bukan nama sebenar) yang kini mengalami tekanan hidup selepas berhutang hampir RM160,000 termasuk dengan along selepas ketagih bermain judi dengan mesin slot sejak dua tahun lalu. Hashim ketika ditemui berkata, dia mula ketagih dengan aktiviti itu selepas mengikut beberapa rakannya sebelum mula menghabiskan masa di pusat perjudian haram di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Cheras dan Kuala Selangor. Malah, bapa kepada seorang anak ini pernah menghabiskan RM8,000 sehari dengan bermain mesin slot. “Judi ini memang ‘berhantu’. Kita akan terus main selagi tak menang. Bila kalah nak menang, bila menang pula, nak menang lagi banyak,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pinjambankuntukjudi/Article/index_html

