Penjenayah adalah merupakan ancaman
utama keselamatan negara pada ketika ini. Warga asing sekarang ini
tidak takut-takut lagi melakukan jenayah serta mengancam keselamatan
negara. Semua  pihak harus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap
pengancam keselamatan negara kita Malaysia di alaf baru ini, bukan
hanya mendendangkan pengancam keselamatan negara di alaf atau dekad
yang lampau. 

Awang Hitam baling 'bom'
22 Ogos 2012 
KUALA LUMPUR: “Ketika itu, saya dan
lima rakan hendak melintas jalan sebelum seorang lelaki warga Afrika
tiba-tiba membaling beg plastik hitam mengandungi molotov koktel ke
arah kami,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Shirlie.

Wanita berusia 27 tahun itu cedera
kedua-dua kakinya selepas molotov koktel dilempar lelaki itu meletup
di hadapannya di Jalan Tun Razak, di sini, jam 5 petang kelmarin.
Shirlie berkata, ketika kejadian dia
bersama lima rakannya ingin ke restoran bertentangan dengan Menara
Icon di selepas menghadiri satu persembahan hiburan.

Menurutnya, ketika itu mereka nampak
seorang lelaki Afrika memegang bungkusan makanan di tangannya yang
berjalan di belakang mereka dan pakaian suspek yang kemas membuatkan
mereka tidak mengesyaki apa-apa.
“Ketika melintas jalan, tiba-tiba
lelaki itu berlari ke arah kami dari arah belakang dan membaling
bungkusan berkenaan sebelum ia meletup di depan saya.
“Kemudian, lelaki itu yang juga
cedera pada kaki melarikan diri ke dalam hotel berdekatan,”
katanya.

Menurutnya, akibat jalan itu sunyi
tiada sesiapa menyaksikan kejadian berkenaan dan mereka juga tidak
mampu mengejar suspek.

Katanya, akibat kejadian itu, dia
cedera di kedua-dua kakinya manakala dua lagi rakannya terkena kaca
di lengan kanan mereka.

“Saya yang tidak mampu berjalan
terpaksa dipapah rakan menaiki teksi sebelum kami mendapatkan rawatan
di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Selepas itu saya membuat laporan di
Pondok Polis HKL untuk tindakan lanjut,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/AwangHitambaling_bom_/Article 

Nyaris maut ditembak
22 Ogos 2012 

IPOH: Seorang anggota polis nyaris maut
apabila ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penjenayah yang
cuba merompak seorang ahli perniagaan di kawasan industri IGB,
Kampung Tawas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, satu
das tembakan dilepaskan terhadap anggota terbabit, tetapi tersasar
sebelum tiga penjenayah lelaki termasuk seorang wanita melarikan diri
menaiki Proton Waja.

Timbalan Ketua Polis Daerah,
Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, kejadian berlaku ketika
anggota polis itu cuba membantu mangsa wanita berusia 39 tahun yang
dirompak kumpulan penjenayah.
Menurutnya, kejadian berlaku sejurus
ahli perniagaan itu selesai mengutip wang sewa lori dari pemiutang di
kawasan industri itu.

“Seorang anggota polis yang kebetulan
berada di restoran itu dikatakan cuba menangkap seorang penjenayah.

“Bagaimanapun, suspek mengeluarkan
sepucuk pistol dan melepaskan tembakan bagi menghalang anggota polis
terbabit,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarismautditembak/Article/index_html 

Kirim email ke