Mercun bola adalah umpama bom atau
jerangkap samar sepertimana yang berlaku di Afghanistan dimana pihak
musuh telah menaburkan pelbagai jerangkap samar dalam bentuk mainan
yang menyebabkan kanak-kanak di sana cedera parah atau terbunuh.
Mercun bola adalah amat merbahaya kerana ianya dibalut dengan plastik
keras yang bertindak sebagai serpihan bom (sharpnel) yang boleh
menembus mata, kulit dan daging apabila meletup.

Pada pandangan saya mercun bola ini
harus dikategorikan sebagai bahan senjata api dan diletak di bawah
Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa
hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam
sebatan agar sesiapa sahaja yang memiliki, mengedar atau menjual
mercun bola akan dikenakan hukuman yang berat. 

Budak hilang dua jari
25 Ogos 2012 

SUNGAI PETANI - Keinginan seorang budak
lelaki untuk bermain mercun membawa padah apabila dua jari kirinya
terpaksa dipotong akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian
di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini Rabu lalu.
Kejadian pada pukul 5 petang itu
berlaku ketika Wan Muhammad Anas Amar Rosyam, 10, menyalakan api pada
sumbu sebiji mercun bola yang ditemui tidak jauh dari rumah sebelum
ia meletup di tangan.
Menurut Moh Rosyam Hanafiah, 39, ketika
kejadian, dia menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah jiran dan
dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk perumahan terbabit.
"Saya terus bergegas pulang ke
rumah dan melihat muka anak sulung saya berlumuran darah manakala
beberapa jari tangan kiri hancur," katanya ketika ditemui di
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 

Kirim email ke