Nampaknya tidak ada usaha bersepadu
yang benar-benar dapat membanteras aktiviti judi di kalangan umat
Islam, khususnya judi siber. Serbuan ke atas pusat judi tanpa
tindakan susulan berlandaskan syariat Islam, khidmat nasihat,
kaunseling, rawatan ketagihan judi dan sebagainya mengakibatkan pusat
judi ini akan semakin rancak selepas diserbu umpama memotong atau
membakar lalang. Lalang hilang sementara, tapi hidup semula dengan
lebih subur. 

Mereka yang ketagihan judi ketika ini
bukanlah mereka yang menganggur, malah mereka yang sudah berkeluarga
dengan anak yang ramai, para pelajar sekolah hinggakan ke warga emas
yang menunggu panggilan kubur.

‘Monyet Ceria’ bawa bencana
25 Ogos 2012 

KUALA LUMPUR: Permainan judi mesin slot
‘Funky Monkey’ atau lebih dikenali sebagai ‘Monyet Ceria’
kini antara yang menjadi kegilaan kebanyakan kaki judi di sekitar ibu
kota untuk bertaruh bagi memenangi wang tekaan.

Berselindung di sebalik kafe siber dan
pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini
mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada
pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.

Tinjauan di beberapa pusat siber di
Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu
menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1,
mereka layak memenangi sehingga RM800.
Bukan hanya dikunjungi pelanggan
dewasa, malah permainan terbabit turut disukai pelajar dan remaja
yang terjebak gejala sosial itu selepas diajak rakan.

Wartawan yang memasuki pusat judi di
Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit
dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk
dipertaruh.

Selain Funky Monkey antara menjadi
pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House,
Magic Scots dan Real Classic.

Melalui perbualan bersama penjaga
premis judi di Kepong, difahamkan pemilik perniagaan itu meraih
hampir ratusan ribu ringgit sehari selepas pusat judi terbabit
dikunjungi ramai pelanggan.

“Sekarang ini, ramai bertaruh Funky
Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit
boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak,
puluhan ribu boleh menang,” katanya.

Funky Monkey adalah permainan judi
memerlukan setiap barisan slot menyamai urutan objek dikehendaki
antaranya 1Bar, 2Bar, 3Bar, objek pisang, cermin mata, kelapa muda,
pokok dan gendang.

Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua
gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan
seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya
menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.

Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir,
52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat
judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.

“Kalau diikutkan bermain judi
komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar
meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau
sekali,” katanya.

Pak Kadir ketika ditemui di sebuah
premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah
berbanding menang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012082502330420120825023304/Article/index_html
 

Kirim email ke