Petikan blog Tuan Guru Ustaz Abdul Raof dari Pondok Tampin
 
Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah Niat qadha Ramdhan disekalikan dengan 
niat berpuasa 6?. Sahkah puasa qadha tu?. 
 
Jawab : Boleh dan Sah. 
 
Nasnya: kitab Kasful Litham juzuk 1, muka surat 107, Bab Puasa Sunat.
 
(Far'un) Maka jika meqadha oleh seorang itu bulan Ramdhan didalam bulan Syawwal 
maka sunat ia Qadha puasa Syawwal itu pada bulan Zul Qa'dah . Dan jika 
diqashadkan pada Niat serta bulan Ramdhan itu sunat Syawwal, masuk ia dengan 
ITTIFAQ . Dan jika ia Itlaq, demikian jua  masuk sertanya atas yang dimuktamad 
oleh Sheikh Ramli. 
 
Huraian dan Ringkasan:
 
1. Jika seseorang  Qadha untuk puasa Ramdhan selama sebulan  sepanjang bulan 
Syawwal, maka dia sunat pula mengqadhakan puasa 6 Syawwal itu dibulan Zul 
Ka'dah , iaitu bulan yang berikutnya selepas Syawwal. 
 
2. Jika sesesorang mencampurkan niat puasa untuk Qadha  puasa Ramdhan dengan 
Niat puasa 6 , maka harus dan puasanya itu sah menurut pendapat kedua Sheikh 
iaitu : Sheikh Ibnu Hajar al Haitami dan Sheikh Romli. Maksudnya , puasa 
tersebut boleh disekalikan dengan 2 niat, tanpa perlu diulang berpuasa  lagi 
untuk puasa 6. 
 
3. Sebaliknya , jika seseorang itu mengitlaqkan ( iaitu tidak kaitkan ) niat 
Qadha puasa Ramdhannya dibulan Syawwal dengan disertakan niat puasa 6 semasa 
berniat puasa, maka khilaf   pendapat  antara Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh 
Ramli, 
 
Jika menurut pendapat Sheikh Ramli dalam kitab Nihayah, SAH.  Iaitu sudah 
termasuk Niat berpuasa 6 itu kedalam Puasa Qadha Ramdhan yang dibuat dalam 
bulan Syawwal, sekalipun tidak disertakan niat  puasa 6 itu Maka tidak perlu 
lagi diulangi melakukan puasa 6 pula selepas puasa Qadha Ramdhan tersebut.
 
Adapun menurut pendapat Sheikh Ibnu Hajar, tidak boleh dianggap memadai puasa 6 
tersebut dengan hanya niat berpuasa Qadha jika tidak disertakan niat puasa 6.  
Maka  keadaan begitu menurut Ibnu Hajar, puasa 6 perlu di lakukan selepas 
berpuasa qadha Ramdahan tersebut, kerana ketiadaan niat puasa 6 . 
 
Harus untuk kita memilih salah satu dari kedua pendapat Sheikh ini jika kita 
hanya berNiat Qadha sahaja. Tetapi nampaknya pendapat Sheikh Ramli adalah lebih 
memudahkan dan ringan untuk diikuti bagi mereka yang hanya berniat qadha dan 
terlupa pula berniat puasa 6. Wallahu a'lam.
 
Sumber 
http://pondoktampin.blogspot.com/2012/08/puasa-6-boleh-campur-niat-qodha-ramdhan.html
 

Kirim email ke