Laporan audit negara pada tahun 2009 dan 2010 telah mendedahkan beberapa 
kelemahan pengawasan di Sg Linggi yang menyebabkab pencemaran. Engineering 
Journal tahun 2011 mendedahkan Sg Linggi tercemar akibat dari pembuangan sisa 
kumbahan dan aktiviti pertanian. 
 
Di Malaysia, paras konsentrasi Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah 
kurang daripada 0.1 mg/l. Berapakah kandungan kadar Ammonia dan apakah Kelas 
Indeks Kualiti Air Sg Linggi pada ketika ini? Sebagai rakyat di Negeri Sembilan 
kita berhak tahu semua ini untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga kita. 
 
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap pengusaha 
ternakan, pengusaha ladang, industri, perlombongan pasir yang beroperasi di 
sepanjang Sg Linggi jika didapati mereka melanggar peraturan Jabatan Alam 
Sekitar?
 
Laporan Audit 2009 dan 2010 boleh didapati di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html  
dan di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/10/laporan-audit-negara-2010-untuk.html 
 
AIR MENTAH TERLEBIH CEMAR PUNCA GANGGUAN BEKALAN
 
SEREMBAN 29 Ogos 2012 - Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa 
kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada 
penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi. 
 
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd 
(Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan 
ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat 
melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.
 
"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan 
air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas.
 
"Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang 
dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini hari ini. 
 
Beliau berkata, Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji 
berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar 
iron dan manganese.
 
Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan hydrated lime, mengaktifkan 
pengedosan activated carbon bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian 
kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap.
 
Azlan berkata, pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip scouring 
dan kolam simpanan air di kawasan terbabit. 
 
"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi 
kembali pulih ke tahap yang asal," katanya.
 
Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama 
di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi 
untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang. — BERNAMA
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120830/ws_04/Air-mentah-terlebih-cemar-punca-gangguan-bekalan
 
 
Engineering Journal, Vol 15, No 4 (2011) 
 
Study on Water Quality Parameters of Linggi and Melaka Rivers Catchments in 
Malaysia
 
To sum up, it should be highlighted that TSS and NH3-N are the primary causes 
for water quality impairment in Linggi catchment. 
 
Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality 
impacts in both watersheds. 
 
Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality 
impacts in both watersheds. Non-point water pollution by agricultural 
activities is mainly from leaching or run-off of fertilizers used in the oil 
palm and rubber plantations nearby the watersheds. The primary sources of NH3-N 
are the sewage and wastewater discharges from urban areas including septic 
tanks, sewage treatment plants and untreated sullage discharges.
 
The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from 
urban areas, including septic tanks, sewage treatment plants and untreated 
sullage discharges. Based on the overall outcomes from this study, it is 
suggested that TSS and NH3-N are cited as the leading causes of 
impairment/violations in both rivers and top sources of impairment included 
agricultural activities, hydrologic modifications (such as dredging, water 
diversions and channelization) and sewages.
  
http://engj.org/index.php/ej/article/view/158/155 
 
Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli 
ikhtisas. 
Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas 
iaitu; 
Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan 
Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa 
Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang 
ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing 
Kelas 4 - sedikit tercemar * 
Kelas 5 - sangat tercemar * 
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam. 
 
Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada kehadiran 
kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri serta baja 
pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan mempertingkatkan 
denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan akuatik serta 
mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi mempunyai 
kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras konsentrasi 
Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. 
Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l. 
 
Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Sedimen merupakan petunjuk 
pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia 
biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah pasir halus, klodak 
dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma mikroskopik. Dalam 
kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal Terampai (SS) dan 
Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25 
mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard interim SS ialah 50 mg/l iaitu 
satu standard yang sesuai untuk berenang dan berekreasi. 
 
http://wqms.info/glosari/ 

Kirim email ke