Anak lelaki bongsu saya baru saja selesai menghadapi peperiksaan UPSR. Isnin 
sehari sebelum UPSR anak lelaki saya selepas pulang sekolah kelihatan lesu dan 
letih. Malamnya dia dah mula muntah-muntah beberapa kali, sekitar jam 11 malam 
badannya dah mula panas. Lalu saya pergi ke klinik berhampiran untuk membeli 
ubat demam.
 
Esok dah UPSR, kalau tak sembuh demamnya masalah besar nanti. Lalu saya 
teringat kisah yang saya tulis sebelum ini bahawa sedekah mampu ubati pelbagai 
penyakit. Malam-malam macam ni mana pula nak saya hulurkan sedekah ni, puas 
saya fikrikan mana nak hulur sedekah tengah malam buta ni.
 
Bila sampai klinik, saya pun minta ubat demam. Sambil menunggu, nampak tabung 
derma sebuah sekolah agama di Seremban pada kaunter mengambil ubat. Apa lagi, 
saya pun masukkanlah duit dalam tabung tersebut dan berniat dalam hati semoga 
dengan sedekah tadi, Allah akan sembuhkan demam anak saya. 
 
Balik rumah, isteri terus beri ubat demam pada anak. Keesokan paginya 
Alhamdulillah anak saya cergas seperti biasa, tiada tanda-tanda demam, lesu dan 
sebagainya.
 
SUBHANALLAH.
 
Alangkah baiknya jika isu Sedekah Boleh Ubati Pelbagai Penyakit dijadikan tajuk 
Teks Khutbah Jumaat.
 
Beberapa kisah “Sedekah boleh ubati pelbagai penyakit” di 
http://waghih.blogspot.com/2012/08/sedekah-boleh-ubati-pelbagai-penyakit.html 

Kirim email ke