Peniaga Maut, Isteri Parah Ditikam Perompak Di Temerloh. 14 Sep 2012 TEMERLOH: Seorang peniaga maut manakala isterinya parah akibat ditikam dalam satu kejadian rompakan di Kampung Baru Simpang Songsang di sini, awal pagi Jumaat. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi berlaku ketika mangsa, Abu Talib Yadin, 56, dan isterinya, Siti Rohani Salleh, 48, baru pulang daripada menjalankan perniagaan mereka di kawasan rawat dan rehat Temerloh. Dua Individu Mangsa Rompak Ditemui Mati 14 Sep 2012 KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras dekat sini, malam Khamis. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap. Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/9/14/mstar_jenayah/20120914144547&sec=mstar_jenayah http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/9/14/mstar_jenayah/20120914120658&sec=mstar_jenayah

