Lepas solat Asar di Masjid Bandar Baru
Senawang, sambil memandu dengar Negeri FM 92.6 menyiarkan temubual
anak Almarhum Sarjan Hassan iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan (Sarjan
Hassan adalah watak sebenar yang dilakonkan oleh P. Ramlee). Menurut
Encik Mohsin ayahnya seorang yang kuat amal ibadah, menjaga solat.
Ayahnya walaupun hebat di medan perang tetapi selalu berkata jihad
yang paling susah ialah jihad melawan hawa nafsu. 

Memang hebat P. Ramlee, dia menonjolkan
seorang perwira negara dalam filem Sarjan Hassan dari kalangan orang
beriman dan beramal soleh. Tetapi P. Ramlee menurut ceritanya tidak
dapat menyiarkan sepenuhnya sejarah negara kerana takut filem
tersebut tidak akan tersiar. 

Diharapkan selepas Negeri FM mengambil
inisiatif menemuramah Encik Mohamad Mohsin bin Hassan dan Sdr Khairil
Anak Rembau yang banyak membongkar sejarah negara dan sejarah Melayu,
diharapkan selepas ini TV1 dan TV3 lebih ke hadapan menyelongkar
sejarah negara yang jika generasi muda tahu kisah sebenar pasti
mereka akan rasa seronok belajar sejarah.

Rozmal bin Malakan
16 September 2012 - HARI MALAYSIA 
5:15 pm Senawang

Kisah pengalaman arwah ayah saya
bersama Sarjan Hassan di dalam tentera di 
http://waghih.blogspot.com/2012/08/arwah-ayah-saya-bersama-sarjan-hassan.html 

Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee
adalah berdasarkan watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan
dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai
1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana
kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang,
datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke
Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.

Beliau bersara dengan menyandang
pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera,
beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping
menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British
mahupun Kerajaan Malaysia.

Beliau meninggal dunia pada 30 April
1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Kisah sepenuhnya mengenai Sarjan Hassan
di http://www.nagarinantuo.com/?p=1520#more-1520 

Kirim email ke