Sama-samalah kita bantu sekiranya mampu melalui akaun BSN
ibu kepada kanak-kanak ini yang mempunyai masalah jantung yang kritikal
 
Salur terbalik
 
REMBAU 27 Sep 2012 : Seorang ibu kepada lima anak di Kampung Sungai Layang, 
dekat
sini, buntu memikirkan kos pembedahan anaknya yang menghidap penyakit salur
jantung terbalik sejak dilahirkan.
 
Noraini Akin, 37, berkata anak bongsunya itu Muhammad Nazrul
Zaquan Adha Mohd Zahid, 2, mengalami masalah salur jantung terbalik sehingga
menjejaskan perkembangannya seperti kanak-kanak lain.
 
Menurutnya, walaupun sudah menjangkau usia dua tahun,
anaknya itu tidak mampu berjalan dan mengalami kebiruan di jari kaki dan tangan
dan perlu menjalani rawatan susulan tiga bulan sekali di hospital.
 
Menurutnya, masalah anaknya sudah dirujuk ke Institut
Jantung Negara (IJN) dan akan menjalani pembedahan bulan depan kerana anaknya
itu didiagnosis memiliki dua lubang di salur jantungnya yang boleh membahayakan
nyawa.
 
“Kos pembedahan sebanyak
RM15,000 dan kami hanya perlu membayar RM4,000 bagi memastikan pembedahan ini
dapat dijalankan. Buat masa ini, saya sudah mendapat bantuan RM1,000 dari
Baitulmal dan wang sedia ada belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan kos,”
katanya.
 
Noraini berkata, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan
pendapatan kurang RM500 sebulan serta perlu menanggung tiga lagi anak yang masih
bersekolah. menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga amat sukar.
 
“Dua anak perempuan saya masing-masing berumur sembilan dan
11 tahun mengalami masalah lembam dan bersekolah di kelas khas. Kami anak
beranak menumpang tinggal di rumah orang tua kerana tidak mampu menyewa rumah,”
katanya yang turut mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) sebanyak RM400.
 
Noraini berharap, ada pihak prihatin dengan masalah dihadapi
dan membantu meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya untuk
menampung kos pembedahan anaknya.
 
“Sebelum ini, doktor ada memberitahu tiga atau empat tahun
lagi anak saya perlu menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan
sebanyak RM60,000 tetapi buat masa ini anak saya perlu dibedah segera kerana
terdapat lubang di salur jantung,” katanya.
 
Sumbangkan boleh disalurkan ke akaun Noraini Akin, Bank
Simpanan Nasional 0530041000045803.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Salurterbalik/Article/index_html 

Kirim email ke