3 Okt 2012 . Bakar
van selepas rompak RM1 juta - Sekumpulan lima penjenayah bersenjata pistol
berjoli sakan apabila dapat melarikan RM1 juta daripada sebuah van keselamatan
yang dirompak sebelum membakar kenderaan itu di Jalan Tiong Off Taman Eng Ann
di sini semalam. 
 
Kejadian pukul
5.30 petang itu berlaku apabila van yang dinaiki dua pengawal keselamatan
ditawan oleh perompak berkenaan selepas mangsa memungut wang pertaruhan di
sebuah agensi nombor ramalan di Jalan Meru, di sini. 
 
Perompak menaiki
sebuah kereta jenis Proton Waja.
 
Salah seorang
suspek kemudian merampas selaras senapang mangsa sebelum mengacukan pistol lalu
mengarahkan mereka memandu ke arah taman perumahan tersebut yang terletak
kira-kira dua kilometer dari lokasi rompakan.
 
Ketua Polis
Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, rakan-rakan
suspek kemudian mengekori van itu dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna
hijau terbabit.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 

Kirim email ke