Sekiranya konstabel ini beragama Islam, adakah Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam akan mendakwanya di mahkamah syariah atas tuduhan mabuk? 
 
3 Okt 2012 
 
KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia
21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan
selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah
pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam.
 
Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan
premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.
 
Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas
di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di
premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di
Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 

Kirim email ke