200,000 TIADA LESEN. 17 Okt 2012 - Kira-kira 200,000 penunggang motosikal khususnya golongan belia yang berusia antara 17 sehingga 40 tahun di seluruh negara didapati tidak mempunyai lesen memandu. Antara faktornya ialah golongan itu tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan. Jika dibiarkan perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk seperti pengunaan lesen palsu atau tindakan mahkamah bakal diambil terhadap mereka. Terdapat syarikat-syarikat besar yang mengambil penghantar surat yang tidak berlesen dan menggunakan lesen palsu. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121017/je_01/200000-tiada-lesen

