Tajuk berita berikut perlu menimbulkan kerisauan yang amat
sangat terhadap umat Islam yang prihatin iaitu : “Modul Cegah Hamil Luar Nikah
Dalam Kokurikulum Tahun Enam, Tingkatan Tiga”. Adakah ianya program untuk
mencegah zina atau bagaimana untuk mengelakkan hamil jika berzina? Apakah modul
ini telah mendapat kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan? 
 
MODUL CEGAH HAMIL LUAR NIKAH DALAM KOKURIKULUM TAHUN ENAM,
TINGKATAN TIGA 
17 Okt 2012
 
KUALA LUMPUR:
Satu projek perintis untuk mendidik pelajar mengenai bahaya seks luar nikah
diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum sekolah pada bulan lepas,
yang merupakan cara untuk mencegah kehamilan di kalangan gadis di bawah 16
tahun.
 
Pelaksanaan itu merupakan antara langkah yang diambil oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu
sosial yang mencatatkan lebih 6,000 kehamilan dan kelahiran yang melibatkan
gadis di bawah usia 16 tahun sejak tahun 2000.
 
Projek perintis itu merupakan kerjasama dengan Kementerian
Pelajaran, mengajar murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga mengenai risiko
dan bahaya seks menerusi program Kesihatan Reproduktif dan Sosial.
 
Program itu berdasarkan modul Kesihatan Reproduktif Remaja
oleh Persatuan Kesihatan Reproduktif Persekutuan.
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/17/mstar_berita/20121017171535&sec=mstar_berita
 

Kirim email ke