Keputusan perpindahan guru yang diumumkan pada 3 november
2012 menunjukkan berlakunya sikap tidak adil dan zalim Kementerian Pelajaran 
Malaysia terhadap guru j-QAF yang telah lama
berkhidmat di sabah dan Sarawak. 
 
Keputusan di luar dugaan bagi kami pasangan suami isteri
guru j-QAF ambilan sulung tahun 2005, iaitu kami menjangkakan kami akan
dipindahkan ke semenanjung setelah lapan tahun berkhidmat di Sarawak. Apatah
lagi guru j-QAF yang baru telah tiba bagi menggantikan tempat kami. 
 
Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku malah sebaliknya
iaitu guru j-QAF yang bujang dan baru berkhidmat di Sarawak
dapat bertukar kembali ke Semenanjung. 
 
Kami tidak pasti apakah yang pegawai di bahagian pertukaran
kementerian pelajaran fikirkan sehinggakan sanggup melakukan tindakan tidak
masuk akal dengan meluluskan perpindahan tersebut sedangkan kami yang
berkeluarga ini disekat. 
 
Apakah syarat dan
kriteria yang mereka lihat? 
 
Apakah pasangan
suami isteri guru j-QAF yang berkeluarga serta mempunya anak seperti kami
disisihkan dan dinafikan hak berpindah sedangkan dari segi kesusahan dan
bebanan golongan kami yang lebih merasainya? 
 
Kami yang
mempunya anak-anak sangat terbeban berada lama di bumi Sarawak ini. 
 
Masalah dan bebanan ini jauh lebih berat berbanding masalah
guru j-QAF yang bujang dan baru pula berkhidmat berbanding kami. Tidak
kasihankah mereka melihat kami mengendong anak ke hulu ke hilir menaiki bot,
bas dan kapal terbang setiap kali pulang ke kampung? 
 
Apatah lagi kesulitan membesarkan anak-anak di tempat orang
tanpa bantuan dari keluarga? 
 
Kekadang kami terpaksa memendam kesedihan kerana tidak mampu
pulang menatap wajah insan tersayang yang meninggal dunia kerana kos
penerbangan kami sekeluarga sangat membebankan. 
 
Guru yang bujang
bila-bila masa dapat terbang pulang ke kampung dengan selesa. Banyak perbezaan
bebanan guru yang berkeluarga berbanding guru yang bujang tetapi apa yang lebih
dipersoalkan ialah kenapa tempoh berkhidmat kami tidak diambil kira. 
 
Dulu kementerian
memberi alasan kerana tiada pengganti, sebab itu kami tidak dilepaskan. Tetapi
sekarang apabila sudah ada pengganti kami masih disekat malah golongan yang
lain pula dilepaskan. 
 
Kami memohon
belas kasihan kementerian pelajaran menimbang dan meneliti sebaiknya keputusan
yang mereka buat kerana sekiranya berlaku ketidakadilan seperti ini boleh
menjejaskan semua pihak terutama kepada guru dan murid itu sendiri.  Sedarlah 
para pegawai yang membuat keputusan
ini, amalan anda yang tidak adil ini tetap dicatat oleh malaikat. Berlaku adil
dan laksanakan amanah tanpa mengira kepentingan diri. 
 
Jika mereka
meluluskan perpindahan saudara mara, sahabat, kenalan mereka dengan menggunakan
jawatan mereka, ketahuilah mereka telah menafikan hak orang lain. 
 
Kementerian
Pelajaran perlu memandang serius perkara ini sebelum melaungkan pelan
pendidikan bertaraf dunia itu.
 
Guru j-QAF yang
dizalimi.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/14319-guru-j-qaf-dianiaya 

Kirim email ke