Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) sangat membebankan guru. Saya tidak mampu
menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrumen (soalan) sendiri, meriso
kertas, menanda, menyemak dan sorting, memasukkan data ke dalam sistem – yang
melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. 
 
Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band
pelajar ke dalam sistem. Bayangkan berapa banyak - 160 X 216 = 34,560 data dan
berapakah masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak
mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error.
 
Saya amat berharap instrumen (soalan) dapat dikurangkan
supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu. 
 
Selain itu, deskriptor (kehendak lembaga peperiksaan) untuk
membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah
untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. 
 
Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat
memberi fokus kepada pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang
sebenar. 
 
Terus terang guru tidak dapat fokus kepada pengajaran kerana
mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.
 
Syahril Hasan.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/14169-pbs-membebankan-guru 

Kirim email ke