5 Nov 2012 PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam di negara ini memelihara kesucian agama untuk mengelak dikelirukan golongan yang mengaku pakar tetapi mempunyai agenda lain, terutama politik. Beliau berkata kefahaman tinggi terhadap Islam dapat mengelak mereka dinodai orang yang 'nampak warak' tetapi mempunyai muslihat lain. "Kita mahukan institusi agama yang kukuh. Sebab itu, peranan Malaysia dalam mempertahankan Islam turut dihormati negara Islam lain. 700,000 GAGAL IKUTI KAFA 3 Nov 2012 MELAKA: Lebih 700,000 murid tidak dapat mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berikutan kekurangan kelas berkenaan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hasil laporan penaziran tahun lalu mendapati, sejumlah murid terbabit dari tahun satu hingga enam tidak mengikuti program pendidikan agama sedia ada melalui kelas Kafa, sekolah rendah agama negeri, rakyat dan swasta pada sesi petang. SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESA, PERALATAN UZUR 19 Okt 2012 : Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna. Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur. Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/11/5/mstar_berita/20121104232711&sec=mstar_berita http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/700_000gagalikutiKafa/Article/artikelMA http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/19/sekolah-agama-di-johor-tidak-selesa-peralatan-uzur/

