CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana (Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains) Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang Sempena Sambutan Awal Muharram dan Hari Asyura Semua dijemput hadir PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi) Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja. Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg2.pdf

