Harap pihak berkaitan terutama PBT,
PDRM dan Jabatan Agama dapat menyiasat dakwaan di bawah ini serta
mengambil tindakan susulan yang efektif demi kepentingan umat Islam
dan bangsa Melayu di Johor.

Aduanrakyat.com 7 Dis 2012 

Saya amat hairan kerana terdapat banyak
pusat judi boleh beroprasi secara terbuka dan terletak di kebanyakan
pusat membeli belah di sekitar Kulai Jaya.IOI mall,Tesco,TJ Mart dan
banyak lagi yang saya tidak sebutkan disini.Ia beroperasi 24 jam dan
berlesenkan pusat hiburan keluarga.

Mustahil pada saya pihak berkuasa tidak
tahu pekara ini kerana telah bertahun tahun telah beroperasi tanpa
apa-apa tindakan?

Amat malang pada saya kerana kebanyakan
pengunjungnya adalah melayu yang menghabiskan wang gaji mereka
tiap-tiap bulan disitu.

Boleh saya tahu sejak bila kita ada
mengeluarkan lesen judi secara terbuka atau mungkin terdapat unsur
rasuah disini?

Saya amat berharap pekara ini
diselesaikan secepat mungkin kerana benda ini telah berlarutan lebih
kurang 4 – 5 tahun.

By: nasir

http://www.aduanrakyat.com.my/pusat-judi-terbuka-berleluasa 

Kirim email ke