Tugas anggota Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) kini berisiko tinggi kerana ada diantara mereka yang
terlibat dalam rondaan cegah jenayah dibawah Strategi Lautan Biru.
Adakah anggota JPAM ini cukup terlatih untuk mencegah jenayah,
dilindungi skim takaful berkaitan serta dibekalkan dan dilatih
menggunakan senjata api?

Anggota JPAM cedera ditembak
8 Dis 2012 
PULAU PINANG  - Seorang anggota Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) nyaris maut apabila terkena satu das
tembakan di pinggang kirinya semasa mengejar dua suspek di Jalan
Kulim, Bukit Mertajam di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15
malam itu, Konstabel Adi Luqman Zainal Abidin, 27, sedang melakukan
rondaan cegah jenayah bersama seorang lagi anggota JPAM dan dua
anggota polis dengan motosikal.
Ketika mangsa dan rakannya mahu membuat
pusingan U, mereka terserempak dengan dua lelaki di bawah sebatang
pokok dalam keadaan mencurigakan sebelum kedua-duanya melarikan diri
dengan motosikal.

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121208/je_05/Anggota-JPAM-cedera-ditembak

Kirim email ke