Beta Tegap &
ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta! - 
 
Kesilapan
terbesar AES adalah penswastaan. Mengapa tidak JPJ sahaja uruskan sendiri?  
Apabila ramai yang sudah mengetahui setiap
pembayaran saman AES, terdapat 2 syarikat akan mendapat habusan besar ini,
ramai yang mula kurang berpuas hati dnegan cara pelaksanaan seperti ini. 
Walaubagaimanapun,
hasil saman AES tidak mengecewakan apabila kedua-dua syarikat yang
mengendalikan saman AES ini, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd mula
menuai hasil yang memberangsangkan.
 
Berdasarkan
jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03 Disember 2012
berkaitan AES bagi soalan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang
Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan
Hajah Khairiah binti Mohamed.
 
Bilangan saman
yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman
dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:
 
(i) kesalahan
pertama – memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;
(ii) kesalahan
kedua – melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899
saman; dan
(iii) kesalahan
mengikut negeri, iaitu:
(a) Perak – saman
dikeluarkan 81,001 saman;
(b) Selangor –
142,809 saman;
(c) Kuala Lumpur
10,213 saman; dan
(d) Putrajaya –
22,876 saman.
 
Jumlah 256,899
saman AEs yang telah dikeluarkan setakat ini. Baru 14 lokasi beroperasi selama
2 bulan sejak 23 September 2012. Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 =
RM77,069,700.00 mampu mereka perolehi. Ini baru di 14 lokasi. Bayangkan jika
keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi kelak?
 
Oleh itu, 1 saman
RM300 : 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 itu
kedua-dua syarikat dijangka akan perolehi sekitar RM4,110,384.00.
 
Saman dikeluarkan
oleh JPJ kepada pemilik kenderaan seperti anda supaya hadir ke Mahkamah di
kawasan kesalahan dilakukan. Jika anda bukan pemandu ketika kesalahan
dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30
hari dari tarikh Saman dikeluarkan.
 
Jikalau ramai
yang tahu hak masing-masing pasti tidak akan membayar terus saman yang
diterima. Ini kerana saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke
Mahkamah.
 
 
 
Dan saman tidak
WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah
untuk membayar denda.
 
JPJ hanya
menguatkuasakan undang-undang, tetapi bukan mereka yang menentukan samada anda
bersalah atau tidak. Itu adalah kerja mahkamah yang menentukannya. 
 
Ditambah pula
baru-baru ini 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di
Mahkamah majistret Kuala Lumpur
 
Bagaimanapun,
daripada bilangan itu, hanya 58 orang, yang hadir untuk kes mereka didengar
mahkamah
 
Yang menariknya
di sini, 14 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah. Dua puluh empat
orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran. 
 
P/S : Usaha Beta
tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd. tidak sia-sia. Nampaknya usaha mereka mula
berhasil, mereka akan terus bekerja keras untuk melipatkan jumlah perolehan
melalui “bisnes saman trafik ini” pada masa akan datang bagi membolehkan mereka
menampung kos pelaburan yang dilakukan mereka berjumlah RM400 juta secepat
mungkin sekaligus mula menuai hasil keuntungan selepas daripada itu.
 
Sumber: Beritasemasa.com http://beritasemasa.com/beta-tegap-ates-sdn-bhd-aes 

Kirim email ke