CERAMAH MOTIVASI
DAN KUTIPAN TABUNG GAZA
Tarikh : 25 Dis
2012, Selasa
Masa : 11 pagi 
Tempat : Masjid
Jamek Tanah Datar, Chengkau (tepi jalan utama Rembau-Tampin)
Penceramah :
Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro
Oasis)
 
Turut diadakan
pameran Palestin dan kutipan tabung misi kemanusiaan Gaza serta jualan amal oleh
Aqsa Syarif.
 
Jamuan makan
tengahari masakan kenduri kampung turut disediakan selepas solat Zuhr.
 
Semua dijemput
hadir - Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Kasbi 019-2084969
 
Anjuran :
Jawatankuasa Perkuburan Islam Kariah Tanah Datar.
 
MENYINGKAP
SEJARAH SUKU TANAH DATAR DAN MASJID KG. TANAH DATAR, CHENGKAU
 
Tanah Datar adalah merupakan salah satu dari 12 suku yang
datang dari Sumatera dan hidup bersama penduduk asal Rembau. Nama suku di 
Negeri Sembilan ini adalah berasal
dari nama tempat di Sumatera. Suku Biduanda adalah pewaris asal Negeri
Sembilan. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku
kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang
tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
 
Dato Lembaga Adat untuk Suku Tanah Datar diberi gelaran
Dato’ Raja Senara.
 
Suku Tanah Datar
telah melahirkan ramai tokoh ulama serta tokoh pejuang. Antaranya ialah Tok
Guru Haji Muhamad Haji Daud yang dilahirkan dalam tahun 1887 di Kampung Tanah
Datar, Rembau.
 
Dato' Shaziman
Abu Mansor juga adalah dari Suku Tanah Datar.
 
SEJARAH MASJID
JAMEK TANAH DATAR, CHENGKAU
 
Menurut
pencerita, masjid ini telah dibina pada tahun 1900an. Usia masjid ini telah
mencecah lebih 100 tahun. Pengasas bagi masjid ini ialah Tuan Haji Said, di
mana beliau merupakan seorang hartawan di dalam daerah Rembau pada ketika itu.
 
BIOGRAFI TOK GURU
HAJI MUHAMAD HAJI DAUD ( 1887 – 1969)
 
Haji Muhamad bin Haji Daud dilahirkan dalam tahun 1887 di
Kampung Tanah Datar, Rembau. Waktu kelahirannya, Luak Rembau di bawah
penguasaan Dato’ Undang Sedia Raja Serun bin Sidin ( 1883 – 1905). Di Rembau,
orang-orang daerah ini lebih mengenali beliau dengan panggilan “Haji Kursasi”. 
Bapanya
bernama Haji Daud dari suku Paya Kumbuh yang juga seorang ulama dalam masa
hayatnya.
 
Allahyarham Haji Kursasi ini mula mendapat pendidikan awal
di Sekolah Melayu di Chenung, Chengkau dalam Daerah Rembau. Kemudian beliau 
mengaji agama dari ayahnya.
Sebagaimana anak-anak muda yang dahagakan ilmu agama waktu itu, beliau turut
belayar ke Mekah Al Mukarramah untuk mengaji agama selama 13 tahun. Apabila
usia menjangkau 34 tahun ( kira-kira tahun 1921) barulah Haji Kursasi ini balik
ke Tanah Jawi. Oleh kerana cintanya beliau kepada ilmu agama maka berguru pula
ia dengan Allahyarham Haji Mustaffa Linggi sehingga ulama itu meninggal dunia
pada 1927. 
 
Semasa hayatnya,
Haji Kursasi pernah menjawat jawatan Penolong Nadzir Agama di Sekolah Melayu
sebelum bersara dalam tahun 1952. Beliau pernah juga mengajar agama di masjid
dan surau-surau dalam Daerah Rembau. Antara tahun 1947 hingga 1949, Allahyarham
dilantik mewakili Rembau dalam Majlis Mesyuarat Agama Islam peringkat negeri.
 
Allahyarham Haji
Kursasi meninggal dunia dalam tahun 1969 ketika berusia 81 tahun. 

Kirim email ke