Kualiti air di
kawasan Kuala Pilah berada dalam keadaan yang teruk sejak akhir-akhir ini. Tidak
sepatutnya ini berlaku memandangkan ia telah diuruskan oleh syarikat swasta
iaitu SAINS. 
 
Setiap rumah tetap membayar jumlah yang sama biarpun kualiti
air yang diterima sangat menyedihkan.
 
Menjadi tanda tanya kepada masyarakat untuk apa urusan
bekalan air ini diswastakan jika masyarakat tidak dapat menikmati kualiti air
dan perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus.
 
Air yang ditadah dalam kolah berkeladak  sekitar DUN Senaling sejak akhir-akhir
ini.  
 
Masalah bekalan air yang di hadapai oleh negeri-negeri
dibawah Barisan Nasional dipekakkan mata dibutakan telinga oleh pelbagai media.
 
Ibarat kuman di seberang
laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. 
 
Gambar air paip
berkeladak dan berkarat di Kuala Pilah di 
http://pasns.blogspot.com/2012/12/bekalan-air-paip-di-kuala-pilah.html 

Kirim email ke