Jika dulu
pertanian adalah perniagaan. Tanah adat di Rembau dulunya adalah tanah sawah
dan tanah kampung. Kini pertanian bukan lagi perniagaan. Kini tanah adalah
pertanian. Bayangkan di Rembau sekarang ini harga rumah teres yang sekangkang
kera pun mencecah RM250,000.  Berapa
ramai anak Rembau yang bekerja kampung, bekerja sebagai penoreh getah, bekerja
sebagai pemanjat petai boleh memiliki rumah di Rembau pada ketika ini.
 
Tidak hairanlah
pada ketika ini tanah di Rembau telah mencecah RM1 juta seekar sekiranya ditukar
status dari tanah adat ke tanah perumahan. Tukar status saja, tanah adat yang
bernilai RM40,000 seekar boleh naik sehingga RM1,000,000 seekar.
 
Jadi ungkapan
pertanian adalah perniagaan adalah tidak sesuai lagi di Rembau. Tanah adalah
perniagaan dengan syarat tanah adat di tukar status ke tanah komersial dan
sebagainya.
 
Di sinilah
peranan Dato Lembaga Adat perlu memikirkan bagaimana untuk membangunkan tanah
adat ini yang boleh mendatangkan hasil kepada anak-anak Rembau sendiri di
kalangan 12 suku yang ada di Rembau. 
 
Apakah kita
sebagai anak Rembau rela orang luar mengambil tanah adat kita pada harga yang
begitu murah dan kemudian dijual semula kepada orang luar dengan harga yang
begitu mahal sehinggakan anak Rembau sendiri terpinggir?
 
Kita ada banyak
tanah adat bukan di tengah hutan belantara, tapi di tepi jalan utama. Takkan
kita tak boleh berbincang sesama kita satu suku, satu buapak, satu perut untuk
menyelesaikan tanah adat kita?
 
Kerajaan negeri
pula perlu menyokong sebarang usaha untuk membangunkan tanah adat untuk
dijadikan tanah perumahan untuk anak Rembau. Jika kerajaan sekarang tidak dapat
melakukannya, kita desak kerajaan lain yang melakukannya. 
 
PROJEK PERUMAHAN
TAMAN REMBAU BAYU DILANCARKAN
 
REMBAU 4 Nov. 201
- JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek
perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar
dekat sini semalam.
 
Projek itu
mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua
tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.
 
Pengarah Urusan
Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun
dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.
 
Beliau berkata,
harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga
rumah antara RM250,000 dan RM320,000.

Kirim email ke