Kerja-kerja
pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA) telah pun dimulakan pada 27
Disember 2012. Para penyumbang telah menghulurkan dana sejumlah RM55,000 setakat
ini.
 
Dana masih lagi
diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan 2 tingkat bangunan PTA ini
dimana sasaran awal pembinaan bangunan ini berjumlah RM200,000.
 
Bangunan PTA 2
tingkat terdiri dari tingkat bawah : Surau, tandas dan bilik air muslimin dan
muslimat. Tingkat atas adalah dewan serbaguna. Keluasan asal banguan ini adalah
24' X 36'. 
 
Pengurus projek
pembinaan bangunan PTA ini ialah Encik Zulkifli yang juga merupakan Bendahari
PTA. En Zul bertanggungjawab menyelenggara segala projek pembinaan PTA
sehingga siap. Menurut Zul beliau akan menyiapkan bangunan mengikut pelan dan
sejimat mungkin belanja. 
 
Sumbangan dana masih diperlukan.
 
Kepada mereka yang ingin menyumbang, sila salurkan ke akaun
Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor Akaun 555069113244 atau hubungi
Setiausaha Sdr Saiful Bahari Hj Jaaman di 019 - 617 4178
 
http://orangklawang.blogspot.com/2013/01/pusat-tarbiyah-al-amin-kerja-1.html
http://orangklawang.blogspot.com/2012/06/pusat-tarbiyah-al-amin-pta.html 

Kirim email ke