Rakyat N.Sembilan akan menyambut hari keputeraan Yang Dipetuan Besar pada 14 Januari 2013 ini. Maka sepatutnya banyaklah bendera N.Sembilan berkibar. N.Sembilan ada 4 Undang Luak dan juga Tunku Besar Tampin. Sepatutnya sempena keputeraan ini bendera N.Sembilan dikibarkan bersama dengan bendera Luak Rembau, Luak Johol, Luak Sg Ujong, Luak Jelebu dan Tampin. Entah-entah orang Rembau sendiri pun dah tak kenal macamana rupa bendera Rembau ini yang wujud hampir 300 tahun sebelum kedatangan Yamtuan dan wujud hampir 400 tahun sebelum terbentuknya Negeri Sembilan. Kalau kita memandu dari Seremban ke Rembau, hampir di setiap tiang lampu, bendera N.Sembilan disaingkan dengan bendera parti. Sedangkan parti tersebut hanya wujud tak sampai 100 tahun. Sebaliknya Luak Rembau wujud lebih 400 tahun, dan mereka dari Luak Rembau lah yang menjemput Yamtuan yang pertama ke Negeri Sembilan. BENDERA REMBAU Warna Kuning - Mewakili Undang / Penghulu Luak Yang Memerintah Warna Hitam - Mewakili Dato’-Dato’ Lembaga / Orang Besar Undang Warna Merah - Mewakili Rakyat / Penduduk Luak Bintang - Mewakili Penduduk Luak Rembau Menganuti Agama Islam Keris Bersilang - Mewakili Rembau diperintah oleh Dato’ Undang Luak secara bergilir-gilir mengikut perut iaitu Lela Maharaja dan Sedia Raja Tanduk Kerbau - Mewakili Adat Perpatih yang datang dari Minangkabau Lingkaran Bunga Padi - Mewakili tanaman utama Rakyat Luak Rembau adalah Padi Sumber http://www.nagarinantuo.com/?p=312

