Penjara sesak akibat tiada hukuman alternatif atau kerana
tidak menghukum pesalah yang beragama Islam mengikut hukuman yang disyariatkan
Islam?
 
Penjara sesak akibat tiada hukuman alternatif 
Kosmo 17 Jan 2013 
 
KUALA LUMPUR - Kurang
menggunakan hukuman alternatif lain berbanding penjara dan skim banduan
prabebas adalah antara punca penjara di Malaysia sesak.
 
Anggota Majlis Eksekutif Pusat Antarabangsa Undang-Undang
dan Pengajian Perundangan (I-Cells), Prof. Dirk Van Zyl Smit (gambar kecil)
berkata, kajian I-Cells mendapati daripada sejumlah 37,625 banduan pada 2011,
seramai 12,338 orang adalah mereka yang menjalani hukuman penjara di bawah lima
tahun.
 
"Bagi tempoh sama, seramai 6,927 banduan merupakan
warga asing yang melakukan kesalahan imigresen atau jenayah ganas,"
katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk The Malaysian Criminal Justice
Audit: Preliminary Findings pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung
Dengan Keselamatan dan Hak Asasi di sini semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
 

Kirim email ke