Minggu ni sibuk
dengan agihan bantuan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.
Tak kiralah ibu bapa tadi jutawan, hartawan, menteri, taukeh batik, ada rumah 5
buah, ada orang rumah 4 orang, ada kereta 100 buah, semua akan dapat sama rata
RM100 setiap seorang pelajar.
 
Kepada golongan
miskin dan sederhana RM100 ini boleh menjelaskan Yuran PIBG yang akan dikutip
selepas ini, serta menjelaskan bil elekrtik dan bil air di rumah yang makin
naik saban hari, saban bulan, saban tahun.
 
Kepada golongan
elitis RM100 ini mungkin tak cukup untuk makan di hotel, tak cukup untuk pergi
melancong, tak cukup untuk isi minyak untuk 100 kereta.
 
Apa kata golongan
elitis atau mereka yang lebih berkemampuan gunakan RM100 ini untuk membantu
sekolah anak-anak kita.
 
Cuba periksa bil
elektrik dan bil air sekolah ada tak tertunggak sampai puluhan ribu ringgit.
 
Cuba tengok
tandas sekolah anak-anak kita, pintu tandas boleh kunci tak, ada tak pintu
tandas, kepala paip ada tak, pam jamban berfungsi atau tidak. Lampu di kelas
yang rosak sudah diganti atau belum. Kipas yang rosak sudah dibaiki atau belum.
Komputer dan pencetak untuk kegunaan pelajar dan guru masih elok atau tidak.
 
Sementara
menunggu kelulusan peruntukan dari Kementerian Pelajaran atau Majlis Agama
Islam untuk Sekolah Agama, dan sementara menunggu kutipan yuran PIBG untuk
membaiki segala kerosakan di sekolah, ibu bapa yang golongan elitis dan lebih
berkemampuan ini cubalah tanya pihak sekolah apa yang boleh dibantu dengan
RM100 ini. 

Kirim email ke