Rakan saya yang
tinggal di DUN Chembong dalam Parlimen Rembau mengadu. Semalam dibuat agihan
kepada ibu bapa untuk bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar. Kawan
saya ni pergi waktu tengahari, nak kejar masuk semula kerja dia tak sempat pun
makan tengahari. 
 
Sampai di sekolah
anaknya di Sekolah Kebangsaan Pedas sebelum 12.30 tgh. Sepatutnya majlis
penyerahan bermula jam 12.30, tapi menurutnya wakil rakyat DUN Chembong ada
pula majlis penyerahan di SJKC di DUN Chembong. Jadi ADUN Chembong
sampai di SK Pedas selepas jam 1 tgh.
 
Kemudian agihan pula di panggil setiap nama ibu bapa satu
demi satu untuk mengambil sendiri bantuan tersebut dari ADUN Chembong. SK Pedas
ada sekitar 800 orang murid. Ramai ibu bapa yang mengeluh terpaksa tunggu lama.
Kawan saya ni sebab nak masuk kerja balik, dia telefon isteri dia untuk datang
ambil. Menurut isterinya sekitar jam 2.30 baru dipanggil nama.
 
Pelik, ibu bapa di DUN yang wakil rakyatnya Umno terpaksa
beratur dan menunggu lama untuk dapat bantuan RM100. Sedangkan sepengetahuan
saya di Seremban yang wakil rakyatnya dari PAS dan PKR seperti di DUN Paroi,
Ampangan dan Sikamat, ibu bapa tak perlu disebut satu-satu nama mereka. Terus 
jumpa guru kelas ambil duit mengikut
masa yang diberikan. 
 
Bukankah cukup
ADUN Umno buat kain rentang letak dipintu pagar, dengan ucapan selamat
mengambil RM100 sumbangan kerajaan BN? 
 
Dengan demikian
ADUN pun tak penat berdiri lama, tak penat berkejar-kejar dari satu sekolah ke
sekolah lain, guru-guru dan pihak sekolah pun tak payah penat-penat buat
majlis, yang penting ibu bapa yang juga pengundi mereka sendiri tak merungut
dan menyumpah-nyumpah. 
 
Itu yang apa
kawan saya ceritakan, tak tahulah dia ada tokok tambah. Mungkin ibu bapa di DUN
Chembong , DUN Kota dan DUN Rantau ada cerita lain. 

Kirim email ke